Ajoi baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, ajoi terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. ajoi ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya ajoi selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak ajoi duduk di rumahnya... cepat sangat barang-barang dapur habis. ajoi betul-betul 'menghabiskan borehhh...' Kebaikan ajoi pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya ajoi tak pulak begitu... Waktu maghrib seronok depan tv tengok roda impian... lepas tu sambung tengok berita... lepas tu makan... lepas tu tidur..leps tu bukak facebook pegi ke Page gmbar2 lwk dan video gempak tgk cite lawak ajoi. Esok bangun pukul 8. Pergi kedai kopi. Bersembang, sampai tengahari. Balik makan, kemudian tidur. Petang pergi kedai kopi lagi. Main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan ajoi tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua ajoi tak berani memarahi anak menantunya ajoi yang kuat makan. Tetapi dia terus mencari idea macam mana nak kenakan si ajoi ni. Bengang betul dia, dah lah tak kerja melantak kuat pulak tu... Suatu hari dia dapat idea nak kenakan ajoi "ajoi, mari kita main dam haji..." katanya kepada ajoi "Boleh juga..." kata ajoi tanpa mengesyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh ajoi. Dia hulur, ajoi makan, hulur lagi, joi makan lagi, hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi..."Eh ko ni ajoi... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." katanya tersenyum.. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni... mentang-mentang aku kuat makan.." fikirnya dalam hati, tapi tak apa. Mereka bermain set kedua, bapa mertuanya ajoi hulur dia tak makan, hulur lagi, tak makan juga kena tangkap. Tak macam set pertama dia dah bijak sikit... Bila tak makan, mestilah kena tangkap...(sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini...) kemudian bapa mertuanya ajoi dapat melangkah hingga ke haji....... "Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" Merah padam muka bapa mertuanya ajoi ni, dia nak perli anak menantunya ajoi, tetapi dia yang terkena. Selepas dari itu, ajoi tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya ajoi dah jadi alim... tak tinggal sembahyang lagi... |











0 comments:
Post a Comment
Oiyt!!!
Komen lah Ciket !!
HUHU ,,
nanges kang nie!!!
=)